"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
"Dunia
ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini"
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
"Setiap
yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan
orang"
"Dalam
kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
"Ikhlaslah
menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan
pecah"
"Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak"
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
"Kata-kata
yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
"Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
"Hidup
memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
"Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
"Kegembiraan
ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang
anda miliki itu kepada teman anda."
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
"Orang
yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
"Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji."
"Kata-kata
itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan"
"Hidup
adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati
tidak sanggup menerima penderitaan."
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
"Akal
itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta
itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".
"Selemah-lemah
manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan
hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan
kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang
kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada
Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Dalam
hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini
bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu
ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita
tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan
kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk
mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti
KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang
diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
0 komentar: